• Jiran Jadi Hero, Padam Kebakaran Bilik Sewa Di Miri

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    MIRI: Sebuah bilik sewa yang terletak di Jalan Hokkien di sini mengalami kerosakan selepas terbakar sekitar jam 7.40 pagi tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kebakaran tersebut melibatkan sebuah bilik sewa yang terletak di tingkat bawah premis rumah kedai.

    "Kebakaran berjaya dipadamkan jiran dan tidak merebak ke bilik lain," katanya.

    Beliau berkata, kebakaran tersebut tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

    Punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut masih disiasat.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jiran Jadi Hero, Padam Kebakaran Bilik Sewa Di Miri "