• Jeneral Gatot Dihalang Masuk AS

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    JAKARTA: Indonesia mahu menghantar nota diplomatik kepada Amerika Syarikat (AS) dan memanggil duta negara itu di Jakarta selepas panglima tentera Indonesia dilarang masuk ke AS, kata pegawai semalam.

    Menurut laporan media, Jeneral Gatot Nurmantyo menaiki satu penerbangan kelmarin sebelum dimaklumkan bahawa pihak berkuasa AS menghalang dia masuk ke negara itu.

    Gatot ke AS atas jemputan Jeneral Joseph F Dunford Jr, pengerusi ketua staf bersama dan bekas panglima AS Marine Corps.

    Dia juga dilaporkan menghadiri satu forum yang dianjurkan oleh Pusat Strategik dan Kajian Antarabangsa di Washington pada hari ini.

    Jurucakap kementerian luar Indonesia, Arrmanatha Nasir memberitahu, Gatot sudah memaklumkan kepada kementerian mengenai kejadian itu.

    “Selepas menerima maklumat itu menteri luar meminta duta kami di Washington DC menghantar satu nota diplomatik kepada setiausaha negara AS bagi meminta penjelasan,” katanya.

    Menurutnya, kementerian juga akan memanggil timbalan duta AS di Jakarta pada hari ini bagi meminta penjelasan mengenai isu itu.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Jeneral Gatot Dihalang Masuk AS "