• Jenazah Shyzlin Selamat Dikebumikan

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+


    JOHOR BAHRU: Jenazah Allahyarhamah Shyzlin Hathaman, 43, yang meninggal dunia di Peru selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh di sini kira-kira 9.30 malam Selasa.

    Jenazah dikebumikan bersebelahan pusara sepupunya Norabdah Mahmood, 47, yang meninggal 23 September lalu.

    Sebelum itu jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tun Hussien Onn, Larkin pada pukul 8.15 malam.

    Solat jenazah diimamkan Imam Masjid Tun Hussien Onn, Muhammad Zubair Zulkafli dan dihadiri lebih 200 jemaah termasuk anggota keluarga terdekat Allahyarham.

    Shyzlin yang berasal dari Pontian dipenjara serta terkandas di Lima, Peru selama lapan tahun menghidap beberapa penyakit termasuk asma dan kencing manis.

    Beliau yang dipenjara akibat menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa meninggal di hospital pada 7 Oktober lalu.

    Penghantaran balik jenazah Allahyarham diurus pelbagai pihak termasuk Biro Kebajikan Umno Malaysia (BIKUM) Sabtu lalu dan tiba di Lapangan Terbang Antara Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.30 petang tadi. -Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Jenazah Shyzlin Selamat Dikebumikan "