• Jari Dipotong Gara-gara 'wacky monkey'

    Published: Sunday, 15 October 2017
    A- A+


    TULAR di media sosial apabila seorang ibu berkongsi kesedihan terhadap kejadian yang menimpa anak lelakinya berusia 16 bulan akibat permainan dikenali sebagai 'wacky monkey'@.

    Ibu terbabit yang dikenali sebagai Chell Shukapooh melalui status dalam Facebook miliknya pada 12 Oktober lalu mendakwa, akibat kecuaiannya, permainan dianggap tidak membahayakan pada awalnya menyebabkan anaknya luka agak serius.

    Akibatnya, kuku dan isi jari tangan anaknya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.

    Dakwa ibu terbabit, anaknya mengalami kecederaan itu setelah memasukkan jari dalam lubang permainan tersebut.

    “Jari dimasuk dalam lubang kecil dan kemudian apabila dipaksa keluar, hujung jari sampai hendak terputus disebabkan mainan itu kuat apabila tangan wacky monkey bertemu,” katanya.

    Kesal terhadap apa yang berlaku, ibu terbabit menasihatkan orang ramai agar berhati-hati kerana khuatir kejadian sama berulang.

    Perkongsian ibu tersebut mendapat 5,700 Likes dan dikongsi 14,200 netizen.

    Rata-rata netizen menasihati agar menjauhi permainan itu demi keselamatan anak kecil. - Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Jari Dipotong Gara-gara 'wacky monkey' "