• Janin Anjing Ditemui Disangka Janin Manusia

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+


    TAWAU – Janin yang dtemui orang awam di lantai belakang sebuah kedai sukan di Fajar di sini tengah hari tadi adalah berupa janin anjing dan bukan janin manusia.

    Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata perkara itu disahkan hasil bedah siasat pakar perunding forensik Hospital Tawau.

    “Polis menerima panggilan dari seorang lelaki yang memberitahu terdapat seorang perempuan menemukan janin tidak cukup sifat di belakang sebuah kedai sukan sebelum menyerahkan kepadanya kira-kira pukul 12.45 tengah hari dan membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Susulan panggilan itu, pegawai penyiasat bertugas ke lokasi kejadian dan masjid bagi menjalankan siasatan sebelum janin tersebut di bawa ke hospital untuk pengesahan lanjut.

    Orang ramai sekitar bandar ini menjadi gempar dengan penemuan janin anjing tersebut yang disangka janin manusia. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Janin Anjing Ditemui Disangka Janin Manusia "