• Jangan Tiru Perangai Ini, Ibu Bapa Gaduh Kerana Anak Berebut Mainan

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    Taman permainan sepatutnya menjadi lokasi menyeronokkan bagi kanak-kanak untuk bermain, namun bertukar tragis apabila sekumpulan ibu bapa bergaduh besar di sebuah pusat permainan kanak-kanak di pusat beli belah di Shenzen, China.

    Daily Mail memetik portal antarabangsa melaporkan, insiden yang berlaku pada 7 Oktober lalu berpunca kerana kumpulan ibu bapa berkenaan tidak puas hati selepas anak-anak mereka berebut mainan.

    Akibatnya, berlaku pergaduhan antara sekurang-kurang lima lelaki dan dua wanita di kawasan pusat permainan tersebut, yang mana ia turut diperhatikan oleh orang ramai dan kanak-kanak yang berada di tempat kejadian.

    Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik di laman sosial Youko, seorang lelaki berbaju hitam kelihatan cuba untuk meredakan keadaan selepas dipercayai berlaku pertengkaran mulut membabitkan seorang bapa yang memakai baju berwarna merah jambu dengan seorang wanita.

    Malangnya, lelaki tersebut mula bertindak agresif lalu menumbuk muka lelaki berbaju hitam itu sebelum mereka berbalas tumbukan. Pada masa yang sama, kelihatan beberapa orang lelaki turut masuk campur dan bertindak membelasah lelaki berbaju ‘pink’ itu.

    Sementara, seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki berbaju ‘pink’ dan ibu bapa kepada anak-anak yang terlibat turut bergaduh apabila masing-masing saling menarik rambut.

    Insiden semakin kecoh apabila beberapa lelaki secara ‘berjemaah’ memukul dan menumbuk lelaki berbaju ‘pink’ selain kelihatan seorang lelaki membaling blok kayu ke arahnya.

    Ketika itu, orang ramai yang menyaksikan insiden tersebut berteriakan dan kedengaran kanak-kanak menangis, selain pada masa yang sama seorang lagi lelaki berbaju ungu masuk ke kawasan pergaduhan dan membelasah lelaki berbaju ‘pink’ dalam usaha untuk menghentikan tindakannya yang semakin agresif.

    Insiden berakhir dengan memaparkan lelaki berbaju ‘pink’ berada dalam keadaan tersungkur di lantai dipercayai mengalami kecederaan akibat dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.

    Sementara, rakaman juga menunjukkan pergaduhan antara dua wanita itu terhenti apabila lelaki berbaju hitam datang dan menumbuk salah seroang wanita, dipercayai isteri lelaki berbaju ‘pink’ mengakibatkan dia rebah ke lantai.

    Sepanjang pergaduhan, tidak kelihatan seorang pun pengawal keselamatan datang untuk menghentikan pergaduhan, namun difahamkan laporan polis terlah dibuat berhubung insiden tersebut.

    Sebagai ibu bapa, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik di depan anak-anak, tambahan insiden berebut mainan antara kanak-kanak adalah perkara normal dan seharusnya diselesaikan dengan cara yang berhemah.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Tiru Perangai Ini, Ibu Bapa Gaduh Kerana Anak Berebut Mainan "