• Jangan Percaya Janji Pakatan Pembangkang, Nanti Mereka Akan Mungkir Janji

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+
    Kira kira tiga bulan yang lepas iaitu pada 14 Julai 2017, pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan telah menawarkan 7 janji baru kepada rakyat untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari jika mereka berjaya menakluk Putrajaya.

    Bentang tajuk sahaja berserta tujuh perkara yang hendak dibuat. Buatnya belum tentu. Kalau dilihat satu persatu dan diteliti balik tiada pun penjelasan lanjut macam mana janji janji itu hendak dilaksanakan.

    Sama macam nama Pakatan Harapan lah, ROS minta mereka hantar logo baru untuk parti mereka. Sampai hari ini, sejak 28 Julai 2017 sampai hari ini, sudah 75 hari berlalu. Mahathir kata dua hari sahaja untuk buat logo baru, namun sampai hari ini, belum lagi siap siap.

    Hal logo parti sendiri pun mereka tidak patuh janji, inikan pula janji mereka kepada rakyat. Bolehkah kita percaya cakap pembangkang yang dipengerusikan oleh orang yang dulunya bercakap orang itu peliwat kemudian bersolat hajat pula sekarang minta peliwat itu dibebaskan.

    Dulu kata orang itu “syaitan” yang paling rasis dalam dunia ini, kemudian sekarang bertuankan pula orang yang dia panggil “syaitan” itu dalam satu parti. Siap bagi duit lagi kepada “syaitan” sampai RM1billion untuk mendapatkan jawatan pengerusi.

    Janji untuk menghapuskan GST pun sudah kontradiks. Dalam dua kali bajet alternatif yang dibentang oleh pakatan pembangkang pada 2015 dan 2016, pembangkang mensasarkan GST adalah pada kadar 0%.

    Bermakna tidak hapus terus. Pembangkang juga gagal menjelaskan di mana kekukarangan dana yang harus ditampung jika pendapatan menerusi GST dihapuskan.

    Untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember tahun sama, kutipan bersih GST ialah RM27.01 bilion, menurut Kementerian Kewangan. Sementara itu, sepanjang tahun 2016, kutipan cukai GST ialah sebanyak RM41.2 bilion.

    Menjelang pembentangan Bajet 2018 yang akan diadakan pada 27 Oktober ini, pembangkang dijangka sekali lagi akan membentangkan Bajet Alternatif mereka.

    Datuk Seri Najib terima 13,000 idea daripada rakyat untuk rangka Bajet 2018. Pembangkang ada minta idea dari rakyat kah untuk buat bajet mereka?

    Pembangkang akan tiru sahaja Bajet 2018 yang dibuat oleh BN bulat bulat nanti. Mereka akan tukar tukar sedikit sahaja dan GST mereka kekalkan pada kadar 0% juga. Mereka tidak akan berani tulis hapus terus.

    Bermaksud jika hapus GST maka kerajaan akan kekurangan pendapatan sebanyak RM41.2 billion. Di mana pembangkang hendak ganti kekurangan ini? Hendak buang kakitangan awam? Mungkin itulah alternatif mereka jika hapus GST. Baca pautan ini :

    https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/10/pembangkang-mahu-buang-700000-penjawat.html?m=1

    Nurul Izzah juga pernah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan.

    Ini bertentangan sama sekali dengan janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan sekarang ini iaitu mahu hapuskan terus GST. Baca pautan ini, lihat betapa pakarnya pembangkang membuat U Turn dalam setiap apa yang mereka cakap :

    https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1484141924939613

    Kita lihat pula janji kedua Pakatan Harapan iaitu menstabilkan harga petrol. Ini satu frasa ayat baru pembangkang gunakan bila bercakap tentang harga minyak. Satu ketika dahulu, pembangkang akan sebut, masuk sahaja Putrajaya, esok harga minyak akan turun. Kenapa sekarang cakap menstabilkan pula harga petrol?

    Pernah sekali, minyak turun 5 minggu berturut turut, semua pembangkang diam. Tidak bercakap langsung bab harga minyak. Kadang kadang bila naik baru mereka berbunyi dan “keluar gua”. Hari ini kerajaan telah berjaya kawal harga minyak.

    Semalam turun lagi 3 sen menjadikan RON95 RM21.6 seliter untuk tempoh 12 hingga 18 Oktober 2017. Harga ini sebenarnya masih 14 sen murah berbanding harga pada awal pengenalan sistem minyak mingguan. Harga minyak turun sebanyak 12 kali dengan jumlah 74 sen. Manakala naik sebanyak 15 kali dengan kenaikan 60 sen.

    Setelah 27 minggu diperkenalkan sistem ini, harga minyak menjadi stabil. Jadi buat apa lagi hendak janji stabilkan harga minyak. BN sudah berjaya laksanakan perkara ini dengan baik sekali. Lihat gambar rajah ini :

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1728483107461446&id=1455416204768139

    Seterusnya janji ketiga pembangkang adalah untuk memberi fokus meringankan beban rakyat. Cara dan bagaimana ia akan dilakukan tidak diperincikan.

    Dulu apa yang sudah ditulis dalam Buku Jingga pun tidak dilaksanakan pun di Pulau Pinang dan Selangor. Misalnya di Pulau Pinang, Guan Eng pada bulan Februari 2008, sebelum PRU12 menyatakan bahawa Tol Sungai Nyiur sejumlah 50 sen adalah mencekik darah rakyat. Namun bila DAP perintah, sudah hampir 10 tahun, tol itu tidak juga dimansuhkan.

    Semasa buat Buku Jingga pada 19 Disember 2010 dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang, pembangkang ada buat janji 100 hari juga iaitu untuk menaikkan gaji guru, hapus tol, air yang lebih murah, pulangkan subsidi kepada rakyat, hapuskan ISA dan bebaskan institusi negara.

    Lihatah betapa kontradiknya janji pada tahun 2010 ini dengan 7 janji baru yang dibuat sekarang.

    Naik gaji guru tiada lagi dalam agenda mereka. Hapus tol sudah tiada lagi. Air yang lebih murah pun tiada. Malah di Pulau Pinang, sudah 4 kali tarif air dinaikkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Perjanjian 100 hari berkaitan air pada 2010 itu dibuat di Pulau Pinang, akhirnya DAP tidak tunai pun malah menaikkan lagi tarif air.

    Beginikah cara pembangkang berjanji untuk ringankan kos sara hidup rakyat? Jangan percayalah kepada pembangkang. Mereka pandai mungkir janji sahaja. Empat lagi janji janji pembangkang pun banyak yang bohong belaka. Baca lanjut di pautan ini, Beruang Biru telah ulas mengenainya sebelum ini.

    http://utaranews.com/2017/07/7-janji-baru-pakatan-pembangkang-adalah-janji-untuk-dimungkiri.html/

    Duit hilang bawah hidung dia RM32 billion pun dia tidak tahu. Bukannya RM3.20 atau RM32 yang hilang tetapi 32,000 juta yang hilang. Banyak jumlah itu. Boleh buat Putrajaya lagi dua kalau duit itu tidak hilang. Di Pulau Pinang dan Selangor, banyak janji dan isu isu setempat yang tidak pun diselesaikan oleh kerajaan DAP dan PKR.

    Statistik terbaru menunjukkan rakyat Pulau Pinang banyak berhijrah keluar dari negeri itu. Pendapatan rakyat makin merosot sejak DAP perintah Pulau Pinang. Selangor pula sampai rumah bilal pun hendak dirobohkan mereka. Isu Splash, Isu Yawas dan SMUE serta beberapa lagi penyelewengan tidak pun diselesaikan.

    Jadi rakyat jangan mudah terpedaya dengan janji janji manis pembangkang ini. Sesama komponen dan pemimpin pembangkang pun mereka bergaduh sekarang antara satu sama lain. Saling tidak percaya antara satu sama lain. Macam mana hendak penuhi janji, jauh sekali.

    Hanya tanam janji di bibir sahaja. Jangan percayalah janji Pakatan Harapan ini. Banyak yang tidak pasti dan belum tentu pun janji itu akan dipenuhi nanti.

    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB612, Khamis
    12 Oktober 2017

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Percaya Janji Pakatan Pembangkang, Nanti Mereka Akan Mungkir Janji "