• Jangan Masuk Campur Pemilihan Calon PRS - Masing

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing memberi amaran kepada wakil rakyat dari parti lain agar tidak perlu campur tangan tentang keputusan beliau mengenai calon dari PRS untuk pilihan raya akan datang.

    Memetik laporan Dayak Daily, Masing turut memberi amaran kepada wakil rakyat dari PRS agar tidak mengulas lebih lanjut mengenai calon yang dipilih.

    "Saya tidak akan membenarkan ADUN dari parti lain membuat pemerhatian peribadi mengenai kesesuaian 'calon' kami.

    "Begitu juga wakil rakyat dari parti PRS. Sebagai ahli keluarga Barisan Nasional (BN), kita seharusnya memberikan sokongan penuh kepada calon," kata Masing.

    Difahamkan kenyataannya itu merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnichal Rayong dari parti UPP yang menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak untuk dicalonkan semula

    Walaupunbagaimanapun, menurut sumber dalaman, Nyalau akan digantikan dengan seorang calon wanita.

    Masing turut menambah parti komponen BN berhak mengemukakan seberapa banyak senarai calon kepada kepimpinan tertinggi BN samaada ia diterima ataupun ditolak oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

    "Bagaimanapun, selama saya menjadi Presiden PRS senarai calon yang saya pilih belum pernah ditolak oleh Perdana Menteri," ujar Masing.

    Masing berkata, Najib menekankan kebolehan calon untuk menang sebagai kriteria utama, bukannya kepada senarai calon semata-mata.

    "Terdapat juga isu lain yang boleh melemahkan peluang calon untuk disahkan walaupun beliau boleh menang,". tegasnya - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Masuk Campur Pemilihan Calon PRS - Masing "