• Jambatan Emart Dijangka Siap Menjelang Disember

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Jambatan Emart sepanjang 320 meter bernilai RM122 juta sudah mencapai tahap 80 peratus dan dijangka siap menjelang Disember tahun ini.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setelah jambatan tersebut siap ianya akan menjadi laluan alternatif dari Matang untuk pergi ke Serian sekali gus mengelak kesesakan di jalan tumpuan khususnya di Bulatan Abang Kipali, Jalan Satok dan Jalan Kulas.

    Sementara itu, Fadillah turut berpuas hati dengan pelaksanaan projek Jambatan Samarahan yang bernilai RM93.9 juta yang kini sudah mencapai tahap 81 peratus siap dan dijangka akan menepati jadual yang telah ditetapkan.

    Bagi Jambatan Sungai Rimbas di Sri Aman yang bernilai RM47 juta, beliau berkata walaupun sudah mencapai tahap 97.7 peratus siap namun sekarang ia dilaksanakan dalam tempoh denda disebabkan kontraktor telah gagal menyiapkan projek berkenaan mengikut tempoh yang ditetapkan.

    Dalam pada itu, Fadillah juga menyatakan kerajaan persekutuan akan membina beberapa jambatan lagi bagi melengkapkan laluan perhubungan di negeri ini.

    Menurutnya, projek tersebut yang merangkumi pembinaan Jambatan Batang Igan, Jambatan Rambungan, Jambatan Batang Lupar dan jejambat Jalan Medan Jaya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jambatan Emart Dijangka Siap Menjelang Disember "