• Jambatan Batang Lupar Bernilai RM1 Bilion Mula Dibina 2018

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Jambatan Batang Lupar dengan anggaran kos RM1 bilion dijangka mula dibina pada tahun depan, kata Ahli parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim.

    Menurut beliau, ia akan menjadi jambatan terpanjang di Sarawak dengan jarak antara 4.5 kilometer hingga 5 kilometer.

    "Mengikut perancangan, jambatan baharu ini akan mula dibina pada tahun 2018 dan ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Rohani menjelaskan, jambatan tersebut yang merentasi Sungai Batang Lupar akan menghubungkan Sebuyau dan Meludam secara langsung bakal membuka lebih banyak peluang ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

    "Jambatan ini merupakan kemudahan yang paling dinanti-nantikan oleh penduduk di sini yang selama ini banyak bergantung kepada perkhidmatan feri," ujarnya.

    Pembinaan Jambatan Batang Lupar tersenarai di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dimana peruntukan bagi pembinaannya telah diluluskan.
  • No Comment to " Jambatan Batang Lupar Bernilai RM1 Bilion Mula Dibina 2018 "