• Jalan Sibu-Kapit Dijangka Siap 2 Tahun Lagi

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    Pembinaan jalan raya Sibu-Kapit yang menghubungkan Ng Ngunggun dan Temalat di Song dijangka akan siap dua taun lagi, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

    Memetk laporan The Borneo Post, Masing berkata jalan sepanjang 120 km itu akan dilaksanakan di bawah Bajet 2018 dengan peruntukkan sebanyak RM120 juta.

    "Jalan ini akan memberi akses yang lebih baik ke kawasan luar bandar dan dapat membantu penduduk luar bandar mencapai pendapatan yang stabil melalui pembangunan tanah seperti ladang kelapa sawit.

    "Kita perlu mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Jika tidak mereka akan mencari peluang di tempat yang lain," katanya

    Dalam pembentangan Bajet 2018 yang lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperuntukkan dana sebanyak RM934 juta untuk projek jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

    Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan menambah, jika kerajaan negeri tidak membuat perancangan dengan betul, kerajaan tidak akan dapat membida lebih banyak peruntukkan daripada kerajaan pusat.

    "Dalam beberapa tahun akan datang, Sarawak perlu merancang lebih banyak prasarana termasuk jalan persisir pantai dan lebuhraya kedua supaya kita boleh membida lebih banyak dana,"

    "Oleh sebab itulah, kementerian saya merancang untuk pembinaan jalan pesisir pantai, lebuhraya kedua dan jambatan dengan jumlah kos tidak kurang dari RM5 bilion,"ujarnya - Sarawakiana
  • No Comment to " Jalan Sibu-Kapit Dijangka Siap 2 Tahun Lagi "