• Jadikan Al-Quran Teman Sepanjang Masa

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Setiap umat Islam terutama generasi muda dinasihatkan supaya terus memahami isi kandungan Al-Quran sebagai pedoman kehidupan dan bukannya berhenti selepas tamat membacan kitab suci tersebut.

    Menteri Muda Utiliti, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, memahami setiap maksud dalam Al-Quran merupakan landasan terbaik untuk menjadi panduan hidup di dunia dan akhirat.

    Malah menurutnya, ibu bapa juga perlu mendidik anak masing-masing mempelajari Al-Quran bermula diperingkat awal usia bagi memudahkan mereka menguasai bacaan Al-Quran.


    "Pelbagai cara dan teknik pada masa kini yang boleh diguna pakai dalam pembelajaran pelajar sekolah dalam memahami Al-Quran.

    "Ibu bapa juga perlu menyokong dan menyambung usaha guru di sekolah dengan menghantar anak mereka belajar di luar sekolah," katanya pada Majlis Khatamal Al-Quran SK Pulo 2017 di sini, hari ini.

    Seramai 93 pelajar tahun 6 SK Pulo terlibat dengan majlis khatamal AL-Quran tersebut.

    Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menggesa setiap umat Islam menjadikan Al-Quran sebagai teman sepanjang masa kerana jika dipelajari dan difahami, kitab suci itu dapat menjamin kehidupan yang penuh dengan cabaran.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jadikan Al-Quran Teman Sepanjang Masa "