• Itali tempah laluan berliku

    Published: Saturday, 7 October 2017
    A- A+

    TURIN: Giorgio Chiellini menjaringkan gol pada babak pertama namun ia disamakan oleh Aleksandar Trajkovski ketika Itali bergelut selepas diikat Macedonia 1-1 di Turin, awal pagi tadi sekali gus hilang tiket automatik ke Piala Dunia 2018.

    Skuad bimbingan Gian Piero Ventura diejek pada perlawanan di Stadium Olimpik selepas gagal mengutip tiga mata penuh menentang pasukan dianggap kerdil dengan Sepanyol layak selaku juara Kumpulan G apabila menundukkan Albania 3-0.

    Jaringan Chiellini sebelum babak pertama berakhir mencetuskan harapan buat juara empat kali itu namun jaringan penyerang Palermo, Trajkovski yang masuk selaku pemain gantian pada minit ke-77 menyaksikan Itali menempah aksi playoff.

    "Kami mungkin memperbodohkan diri kami yang mengatakan kami berusaha dengan lebih gigih berbanding yang sebenarnya," kata Chiellini.

    "Sebaik saja kami membuka tirai jaringan, kami sepatutnya mengawalnya dengan lebih baik kerana Macedonia jelas tidak membahaya bagi 75 minit permainan.

    "Kami faham mengapa peminat marah," kata pertahanan veteran itu.

    Keputusan mengesahkan kedudukan Itali di tangga kedua Kumpulan G namun keputusan juga memberikan impak negatif kepada kedudukan ranking bagi undian untuk perlawanan plyoff yang dijadual pada bulan depan.

    "Saya fikir kami memang patut diejek sekali pun secara prinsipnya kamu tidak patut mengejek pasukan kebangsaan," kata Ventura. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Itali tempah laluan berliku "