• Isu NCR: Netizen Anggap Kenyataan Cobbold John Melampau

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    Gesaan Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Cobbold John agar Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyelesaikan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dengan kadar segera dianggap netizen sebagai melampau.

    Cobbold dengan angkuhnya turut mendakwa Abang Jo dan kabinet kerajaan negeri sebagai paranoid dalam menangani isu ini.

    Dengan kenyataan tersebut, netizen beranggapan Cobbold tidak sesuai untuk memimpin parti berteraskan Dayak kerana sering mengeluarkan kenyataan 'lari' dari sikap sebenar masyarakat Dayak yang kaya dengan adab dan adat.

    Netizen mahukan PBDSB mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu NCR secara berhemah demi kepentingan Dayak.

    PBDSB dianggap netizen sebagai sebuah parti yang hanya bijak berkata-kata tetapi tidak mengetengahkan atau mengesyorkan jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

    Cobbold harus faham, kerajaan negeri telah melantik Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama pemimpin Dayak lain satu jawatankuasa bagi membincangkan isu tanah NCR.-Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Isu NCR: Netizen Anggap Kenyataan Cobbold John Melampau "