• Isteri Digoda, Suami Tikam Jantung Rakan Serumah Hingga Tembus

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR : Seorang lelaki mati ditikam rakan serumahnya kerana disyaki menjalin hubungan sulit dengan isterinya.

    Mangsa ditikam di belakang badan, tengkuk dan dada kiri hingga menembusi jantung dan paru-paru di sebuah tapak pembinaan di sini, lapor Harian Metro.

    Ketua polis daerah Sentul berkata mangsa dan abangnya, warga Madura tinggal bersama suspek dan isterinya di tapak Sky Awani Kondominium, Kampung Batu Muda sejak dua bulan lalu.

    "Sepanjang tinggal bersama, Horiri menjalin hubungan gelap dengan seorang wanita dikenali sebagai Yumyat," kata ACP R Munusamy.

    "Bagaimanapun perbuatannya diketahui suami wanita terbabit yang pernah memberi amaran kepada abang mangsa supaya menjauhi isterinya."

    Beliau berkata mangsa dikatakan terus menggoda isterinya mengakibatkan suspek marah lalu menikam mangsa menggunakan pisau sebanyak tiga kali Rabu lalu.

    Katanya kepala mangsa juga dijirus air panas, dipercayai ritual kepercayaan masyarakat Madura sebelum suspek melarikan diri. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Digoda, Suami Tikam Jantung Rakan Serumah Hingga Tembus "