• Isco ledak dua gol Madrid atasi Espanyol

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+


    MADRID: Isco meledak dua kali dalam kemenangan 2-0 Real Madrid ke atas Espanyol, sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu La Liga, Sepanyol kepada tujuh mata, awal pagi tadi.

    Barcelona sebelum itu meneruskan permulaan sempurna musim ini kepada tujuh perlawanan apabila menewaskan Las Palmas 3-0 dalam perlawanan tertutup di Camp Nou.

    Dalam aksi tadi, Real merakam kemenangan pertama liga di laman sendiri musim ini dan yang ke-11 berturut-turut ke atas kelab berpangkalan di Barcelona, Espanyol.

    "Kami perlu merasa gembira. Apa yang penting ialah tiga mata selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan di sini," kata pengendali Madrid, Zinedine Zidane.

    Percubaan pertama Isco dalam tempoh 30 saat pertama permainan dinafikan oleh penjaga gol, Espanyol Pau Lopez.

    Namun penyerang Sepanyol itu memastikan peluang pada minit ke-30, hasil hantaran Cristiano Ronaldo disempurnakan sepenuhnya untuk meledak gol pertama Madrid.

    Ketika permainan berbaki 19 minit, Isco sekali lagi merobek gawang Espanyol, kali ini menerusi sepakan lencong yang bermula dengan serangan balas pantas tuan rumah.

    Kemenangan itu melonjak Madrid ke tangga kelima liga di belakang Barca, Sevilla, Valencia dan Atletico Madrid. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Isco ledak dua gol Madrid atasi Espanyol "