• Iraq, Arab Saudi Perkukuh Hubungan

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    RIYADH: Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi, tiba di ibu kota Arab Saudi semalam dalam lawatan bertujuan meningkatkan hubungan strategik di tengah-tengah hubungan tegang antara negara jiran di rantau itu.

    Lawatan juga dilakukan selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, tiba di Arab Saudi semalam, kunjungan keduanya ke rantau itu dalam masa beberapa bulan untuk memulakan usaha baru mengendurkan krisis antara Riyadh dan Doha.

    Abadi hari ini menyertai mesyuarat untuk menubuhkan majlis penyelaras Saudi-Iraq bertujuan meningkatkan kerjasama.

    Sepanjang di Riyadh, Tillerson juga dijangka berada dalam pertemuan itu.

    Iraq berusaha mendapatkan faedah ekonomi hasil hubungan rapat dengan Riyadh kerana kedua-dua negara berhadapan kemerosotan minyak berterusan.

    Arab Saudi juga mahu menangani pengaruh Iran di Iraq.

    Selepas bertahun-tahun tegang, hubungan antara Arab Saudi yang berfahaman Sunnah dan Iraq yang majoritinya Syiah, mula menjalin kerjasama sejak beberapa bulan lalu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Iraq, Arab Saudi Perkukuh Hubungan "