• Iran Patuh Perjanjian Nuklear - PBB

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    ROME: Ketua agensi atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan komitmen Iran terhadap perjanjian nuklear 2015.

    Kenyataan itu dikeluarkan ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata, Tehran tidak menghormati 'semangat' perjanjian.

    Perkara itu disahkan oleh Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano dalam satu kenyataan.

    Satu laporan IAEA dikeluarkan bulan lalu juga mengesahkan pematuhan Iran terhadap program itu, yang membekukan sesetengah aktiviti nuklear Tehran.

    Simpanan uranium diperkayakan tahap rendah Iran, digunakan untuk tujuan aman, namun apabila diproses lanjut untuk dijadikan senjata, ia tidak melebihi paras dipersetujui sebanyak 300 kilogram, menurut laporan itu.

    Ia menambah, Iran tidak meneruskan pembinaan reaktor Arak yang mungkin memberinya plutonium gred senjata atau memperkayakan uranium di atas paras ketulenan rendah. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Iran Patuh Perjanjian Nuklear - PBB "