• Insiden Budak Melecur Terkena Sup Tom Yam: Keluarga Bincang Tindakan

    Published: Sunday, 1 October 2017
    A- A+

    KUANTAN: Keluarga budak perempuan berusia lima tahun yang melecur tengkuk dan belakang badannya terkena sup tom yam di sebuah restoran di Balok di sini malam tadi, sedang mempertimbangkan tindakan lanjut terhadap restoran terbabit.

    Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zack, berkata beliau akan berbincang dengan ahli keluarga lain dan rakan sebelum memutuskan tindakan lanjut termasuk tindakan undang-undang ke atas restoran berkenaan.

    Menceritakan semula kejadian kira-kira jam 9.30 malam tadi itu, Zack berkata, beliau berada di kaunter restoran untuk menguruskan tempahan yang dibuatnya lebih awal.

    "Tiba-tiba saya dengar tangisan anak yang berlari ke arah saya. Saya lihat ada kesan tumpahan sup tom yam pada bahagian belakang badannya.

    "Saya segera membersihkan kotoran itu di sinki sebelum menyedari bahagian tengkuk dan belakang badan anak melecur. Saya segera membawanya ke kereta untuk rawatan di klinik," katanya.

    Kejadian itu turut dikongsi menerusi akaun Facebook bersama gambar bahagian tengkuk kanak-kanak berkenaan yang melecur. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Insiden Budak Melecur Terkena Sup Tom Yam: Keluarga Bincang Tindakan "