• Industri Insurans Kuat Kuasa Sistem Risikan Penipuan

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Penggiat industri insurans dijangka melancarkan Sistem Risikan Penipuan (FIS) menjelang Ogos tahun depan bagi memerangi tuntutan palsu.

    Pengerusi Insurans Services Malaysia Bhd (ISM), Kong Shu Yin berkata sistem itu dijayakan bersama oleh industri berkenaan.

    Ia akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan segmen insurans permotoran sebelum diperluas ke segmen lain.

    Dibangunkan bersama oleh ISM dan BAE Systems, sistem ini akan membolehkan syarikat insurans dan pengendali Takaful mengesan dan mengurangkan tuntutan palsu menggunakan teknologi canggih dan sains data.

    “Dengan menyatukan data industri, FIS mengambil pendekatan saintifik dipacu data untuk mengesan penipuan,” katanya pada sidang akhbar pada Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2017 di sini hari ini.

    Kong berkata penyelidik dunia mendakwa kira-kira 10 peratus tuntutan insurans adalah palsu dan berkata Malaysia mencatatkan kira-kira RM5.8 bilion tuntutan insurans permotoran pada 2016.

    Beliau berkata tuntutan insurans palsu menjejaskan industri insurans dengan peningkatan kos, yang akhirnya akan memberi kesan ke atas pengguna.

    Pada majlis itu, FIS dilancarkan secara rasmi oleh Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Muhammad Ibrahim.

    Dalam ucapannya, Muhammad berkata FIS merupakan langkah penting yang membetulkan arah tuju.

    “Dengan menggunakan analitik data dan analisis rangkaian terkini, FIS merupakan kejayaan penting dalam usaha industri untuk memerangi penipuan, namun kejayaan dan manfaatnya bergantung kepada usaha untuk merealisasikan pewujudan rangkaian yang paling luas.

    “Kami mengharapkan semua penanggung insurans menyokong usaha ini, dan mereka yang enggan menyertai skim ini akan akan diambil maklum atas kegagalan mereka untuk tidak menyertai dalam amalan baik ini,” katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Industri Insurans Kuat Kuasa Sistem Risikan Penipuan "