• Industri Biomas Bantu Pertumbuhan Ekonomi Negara

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Industri biomas terus menjadi tonggak utama dalam menyumbang kepada ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

    Beliau berkata, Malaysia turut mendapat pengiktarafan antarabangsa sebagai salah sebuah destinasi pilihan industri tersebut.

    “Seperti sektor diperbaharui yang lain, biomas mengambil masa untuk dikenalpasti dan mencapai perumusan bersesuaian dengan daya saing pasaran," katanya.

    Menurutnya, keadaan ini menunjukkan Malaysia berada pada landasan tepat untuk terus menggembangkan industri biomas.

    Pada masa sama, beliau turut memuji kerajaan negeri yang menganjurkan Persidangan Biomas Antarabangsa Malaysia 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

    Tambahnya, persidangan seperti itu amat penting bagi membolehkan Malaysia bersedia sepenuhnya dalam cabang industri yang berkaitan biomas.

    Beliau menjelaskan, pada masa ini Malaysia sudah bersedia dari segi pelan, infrastruktur dan sistem sokongan dalam membangunkan industri tersebut.

    “Kita mempunyai sumber biomas dan kerajaan telah menjadi pemacu utama dalam mempromosikan industri ini," ujarnya.

    Ahmad berkata, industri biomas juga dikenal pasti sebagai salah satu bidang yang membantu dalam pertumbuhan ekonomi utama negara.

    “Kerajaan komited untuk terus memperbaiki ekosistem kerana ini akan menjadi kawasan pertumbuhan masa depan untuk Malaysia dan kami ingin melihat lebih banyak syarikat meneroka usaha biomass bernilai tinggi," jelasnya.-Sarawakiana


  • No Comment to " Industri Biomas Bantu Pertumbuhan Ekonomi Negara "