• Indonesia Tuntut Penjelasan Dilarang Masuk AS

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    JAKARTA: Indonesia berhasrat menghantar nota diplomatik kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan memanggil timbalan duta negara itu memberi penjelasan mengapa ketua tentera Indonesia dihalang memasuki AS.

    Jeneral Gatot Nurmantyo hampir menaiki pesawat kelmarin apabila syarikat penerbangan memaklumkan kepada beliau Perlindungan Kastam dan Sempadan AS menghalang kemasukannya, kata jurucakap tentera, Wuryanto, kepada sidang akhbar di Jakarta.

    Nurmantyo mengunjungi AS atas jemputan Pengerusi Ketua Turus Staf, Jeneral Joseph F Dunford, bagi menghadiri Persidangan Ketua Pertahanan mengenai Menangani Ekstremisme Ganas yang diadakan di Washington hari ini dan esok.

    "Kami meminta penjelasan dari AS, daripada Jabatan Negara, selain kedutaan di Jakarta dan sehingga kini masih menanti," kata Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.

    Kedutaan AS di Jakarta berkata dalam kenyataan, ia berhubung dengan staf Nurmantyo untuk memudahkan perjalanannya tetapi tidak mengulas lanjut.

    "Duta Joseph Donovan memohon maaf kepada Menteri Luar, Retno Marsudi, di atas kesulitan dihadapi Jeneral Gatot.

    "Kami kekal komited dengan Rakan Kongsi Strategik dengan Indonesia sebagai cara menyediakan keselamatan dan kemakmuran kepada kedua-dua negara dan rakyat," kata kenyataan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Indonesia Tuntut Penjelasan Dilarang Masuk AS "