• Indonesia Berdepan Risiko Tanah Runtuh, Banjir

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+


    JAKARTA: Bandar raya ini berdepan bencana tanah runtuh dan banjir minggu ini susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

    Penduduk di kawasan tebing sungai diminta berjaga-jaga dan bersiap sedia menghadapi situasi itu.

    Terkini, kejadian tanah runtuh melanda Manggarai di selatan Jakarta di tebing Ciliwung pada Sabtu.

    Kejadian itu mengakibatkan sekurang-kurangnya lima rumah yang didiami lapan keluarga dihanyutkan arus.

    Setakat ini, Pusat Pengurusan Bencana Jakarta Selatan sedang memantau situasi di lokasi kejadian. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Indonesia Berdepan Risiko Tanah Runtuh, Banjir "