• India: Harimau Buruan Mati Akibat Kejutan Elektrik

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+


    NEW DELHI: Seekor harimau betina yang didakwa menyebabkan kematian empat orang di Maharashtra, barat India baru-baru ini dilaporkan terbunuh beberapa hari selepas mahkamah memerintahkan supaya haiwan itu ‘dihapuskan’.

    Portal BBC memetik kenyataan pegawai hidupan liar sebagai berkata, harimau terbabit mati akibat terkena kejutan elektrik ketika menghampiri sebuah pagar elektrik yang dipasang oleh seorang petani bagi mengelakkan serangan babi hutan.

    Aktivis hak asasi haiwan bagaimanapun mengkritik Jabatan Perhutanan India kerana gagal melindungi harimau betina berusia dua tahun daripada terbunuh kerana spesies itu dilaporkan semakin berkurangan di sana.- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " India: Harimau Buruan Mati Akibat Kejutan Elektrik "