• Indeks Gaji Kebangsaan dimuktamadkan pada Disember

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia menjangkakan kajian berhubung Indeks Gaji Kebangsaan hanya mampu diselesaikan menjelang bulan Disember ini.

    Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kajian berkenaan sepatutnya siap pada Julai lalu, namun pihaknya masih meneliti beberapa penemuan terbaharu sebelum indeks berkenaan dapat dimuktamadkan.

    "Kami sedang berusaha keras berhubung perkara ini, kami perlu mengambil kira semua perkara kerana selepas kajian ini dimuktamadkan ia perlu dilaksanakan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Persidangan Gaji Berasaskan Produktiviti ASEAN yang diadakan di sini hari ini.

    Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia yang baharu, Dr. Mohd. Gazali Abas. - K! ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Indeks Gaji Kebangsaan dimuktamadkan pada Disember "