• Iklan Tambah Ketinggian? KJ Bidas Peniaga Online

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    Tidak dinafikan, lambakan produk kesihatan dan iklan-iklan daripada peniaga dalam talian di laman Instagram peribadi sememangnya menjengkelkan.

    Para online seller ini akan mengikut Instagram peribadi artis dan selebriti popular yang punyai ramai pengikut, kemudian di situlah mereka ambil peluang berkongsikan iklan dengan meninggalkan komen pada gambar tidak kira masa.

    Sehinggakan pernah suatu ketika, selebriti Chef Wan pernah mengamuk gara-gara iklan-iklan yang semak memenuhi di salah sebuah gambar di laman Instagramnya.

    Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut tidak terkecuali menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila posting terbaharu di laman Instagramnya kini dipenuhi dengan produk-produk menambah ketinggian.

    Menurut Khairy, beliau mengecam tindakan para peniaga yang cuba mempromosikan produk-produk yang masih belum mendapat pengiktirafan dan sijil perniagaan yang sah di ruangan komen gambarnya.

    “Tolong jangan promosi produk palsu lagi ‘sampah’ ini di laman Instagram saya. Tak ada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa,” katanya.

    Malah Ahli Parlimen Rembau itu bertegas akan membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan turut membidas peniaga terbabit kerana tersalah pilih ‘pelanggan’.

    “Ia adalah penipuan dan saya akan melaporkan kepada Kementeri Kesihatan, malah awak salah pilih orang lah, ketinggaan saya 182cm, hampir enam kaki,” tulisnya.

    Terdahulu, peniaga yang menggunakan akaun Instagram product_sihat.my dilihat cuba menjual produknya menerusi kaedah promosi di ruangan komen laman Instagram ahli politik tersebut sebagaimana pernah dilakukan peniaga lain.

    “Nak tinggi ke ? Jom tengok Insta kitaorang dan WhatsApp : +60164362430 atau WeChat: product_sihat. PROMO DISCOUNT nak tunggu ape lagi ? JOMM,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Iklan Tambah Ketinggian? KJ Bidas Peniaga Online "