• Ibu Panik, Jari Anak Tersangkut Sudu Mainan

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    GOMBAK : Jari seorang budak perempuan tiga tahun tersangkut pada sudu permainan menyebabkan ibunya panik sebelum menghubungi bomba.

    Dalam insiden jam 10 pagi, wanita itu panik selepas gagal mengeluarkan alat itu beberapa kali sebelum meminta bantuan Bomba dan Penyelamat Selayang.

    Komander operasi Mohd Kasirin Ibrahim berkata enam anggotanya memerlukan 10 minit untuk menyelesaikan masalah itu, lapor Sinar Harian.

    Terdapat kesan minyak pada jari kanak-kanak tersebut menunjukkan sudah ada yang mencuba mengeluarkan alat mainan itu secara manual tetapi tidak berjaya,” katanya.

    Dalam kejadian di Sungai Kertas itu di sini, semalam, bomba menggunakan alat pemotong khas untuk mencabut sudu mainan itu keluar dari jari kanak-kanak itu. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Panik, Jari Anak Tersangkut Sudu Mainan "