• Ibu Lacur Anak Bakal Berdepan Penjara 15 Tahun

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    LAWAS: Ibu kepada remaja bawah umur yang didakwa melacurkan anaknya sendiri di sini bakal berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika disabitkan kesalahan.

    Tertuduh seorang surirumah berusia 30 tahun dituduh melacurkan anaknya yang berusia 14 tahun demi untuk melangsaikan hutang.

    Selain itu seorang lagi wanita iaitu pemilik pusat karaoke berusia 45 tahun juga menghadapi pertuduhan yang sama kerana bersubahat melacurkan gadis malang tersebut di sebuah hotel pada April lalu.

    Pertuduhan keatas kedua-dua suspek dibacakan di hadapan Majistret Keli Mareng di Pejabat Daerah Lawas pagi tadi.

    Sehingga selesai pertuduhan dibacakan tiada sebarang pengakuan direkodkan dari kedua-dua tertuduh dan mereka didakwa dibawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibacakan bersama Kanun Keseksaan berserta satu perintah menghalang kedua-duanya mendekati mangsa.

    Perbicaraan akan ditangguhkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dan suspek dibenarkan diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin setiap seorang.

    Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh diperintahkan melaporkan diri seminggu sekali di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Lawas sehingga kes selesai.-Sarawakiana
  • No Comment to " Ibu Lacur Anak Bakal Berdepan Penjara 15 Tahun "