• Ibu Durjana Jual Tubuh Anak Perempuan Kepada Lelaki Warga Asing

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU: Polis negeri ini menahan seorang wanita tempatan disyaki memperdagangkan dua anak perempuannya berusia lapan dan 10 tahun kepada tiga lelaki warga asing.

    Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan di kediamannya di Senai, Rabu lalu.

    “Wanita tersebut disyaki ‘menjual’ anak perempuannya dengan meninggalkan mangsa di sebuah hotel kepada tiga lelaki warga asing.

    “Buat waktu ini, wanita tersebut dikenakan tahanan reman manakala ketiga suspek lain masih dalam buruan,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan Pencegahan Jenayah Kecurian Kebel Telekom Malaysia Berhad Johor di Hotel Grand Paragon di sini sebentar tadi.

    - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Durjana Jual Tubuh Anak Perempuan Kepada Lelaki Warga Asing "