• Ibu Badan Ketak-Ketak Selamat Lahir Bayi Kedua

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    MODEL kesihatan dan kecergasan, Sarah Stage, yang mendapat perhatian kerana mampu mengekalkan perut berotot (six-pack abs) semasa kehamilan pertama dan keduanya selamat melahirkan anak kedua pada Isnin, E! News melaporkan.

    Anak lelaki kedua bintang Instagram ini, Logan Alexander, dilahirkan melalui kaedah 'C-section'.

    Alexander lahir dengan berat 7 paun dan 2 auns dengan 19 inci panjang. Dia adalah abang kepada James Hunter yang kini berumur 2 tahun.

    Semasa kehamilan kedua, Stage, 33, membidas pengkritiknya di Instagram yang mengkritik rutin senamannya.


    "Ada juga yang mengandaikan bahawa apabila saya bersenam semasa mengandung, saya obses dengan penampilan dan diri saya sendiri tetapi sebenarnya saya obses untuk mengekalkan gaya hidup sihat yang akan memberikan diri saya dan bayi kualiti hidup yang terbaik," katanya.

    Stage dan suaminya, Kris Jason, mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan kelahiran itu kepada E! News.

    "Kami sangat gembira dan mengalu-alukan kehadiran bayi Logan dalam keluarga kami. Sarah, suami Kris, dan bayi Logan sedang berehat.

    "Sarah melahirkan Logan petang ini dan sedang berehat dengan bayi baharu mengikut arahan doktor.

    "Anak lelakinya, James yang bersama keluarganya, telah bertemu adiknya dan keluarga berasa sangat teruja.

    "Sarah dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan tak berbelah bahagi dan berjanji semua orang akan dapat melihat bayi Logan tidak lama lagi." - Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Badan Ketak-Ketak Selamat Lahir Bayi Kedua "