• Hukuman Buang Daerah Masih Relevan - Nur Jazlan

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR : Hukuman buang daerah yang dikenakan ke atas penjenayah masih relevan untuk dikekalkan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

    Beliau berkata kerajaan akan terus mengkaji untuk menambah baik pengisian program untuk individu yang dibuang daerah agar terus relevan dengan perkembangan semasa.

    "Elemen buang daerah bukanlah sesuatu yang asing dalam undang-undang yang berbentuk pencegahan, individu-individu yang dibuang daerah ini atau dalam istilah sebenarnya dalam pengawasan polis bukanlah diabaikan pihak kerajaan.

    "Orang-orang yang diletakkan di bawah pengawasan polis ini dipantau oleh ketua polis balai dan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan mengikut kesesuaian kemahiran dimiliki mereka," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan Datuk William @ Nyallau Badak (BN-Lubok Antu) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengkaji semula program membanteras jenayah menerusi hukuman buang daerah yang menurutnya tidak berkesan dalam memberi pengajaran kepada penjenayah yang terlibat. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Hukuman Buang Daerah Masih Relevan - Nur Jazlan "