• “Hubungan Kami Masih Seperti Biasa” – Kamal Adli

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    JIKA beberapa hari lepas pelakon Emma Maembong seakan-akan memberitahu netizen tentang hubungannya dengan Kamal Adli seakan retak di tengah jalan.

    Kemudian, diikuti pula dengan kenyataan yang diberikan oleh Zahirah Macwilson yang pernah menjalani pengambaran bersama Kamal Adli dan menafikan tentang cinta lokasi yang terjalin anatara mereka berdua.

    Apabila kedua-dua wanita ini sudah bersuara, mesti ramai yang mengharapkan Kamal turut mengeluarkan kenyataannya.

    Namun, teraju utama drama bersiri Duda Pujaan Dara ini seakan enggan mengulas lanjut berkenaan isu ini.

    Tapi, Kamal hanya menyatakan yang hubungan cintanya bersama Emma masih seperti biasa.

    “Maaf, saya tak mahu ulas lanjut dan memanjangkan cerita. Saya enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan tersebut.

    “Saya harap semua pihak dapat memahami situasi yang sedang kami hadapi. Apa yang boleh saya katakan, hubungan antara saya dengan Emma masih berjalan seperti biasa,” katanya dipetik Astro Gempak.

    Sebelum ini, memetik laporan BH Online, dia ada mengeluarkan kenyataan bahawa status hubungannya dengan pelakon lelaki itu boleh diajukan sendiri kepada Kamal atau Zahirah.

    Sudah pasti netizen terutamanya peminat yang mendoakan mereka sehingga ke jinjang pelamin ini terkejut dengan kenyataan itu lebih-lebih lagi Kamal baharu sahaja bergandingan dengan Zahira dalam naskhah Duda Pujaan Dara.



    Jika betul pasangan ini dikatakan sedang dilanda badai kerana nama Zahirah, sudah pasti hubungan Zahirah dan Zul Ariffin turut terkena tempias.

    Jadi, doakan yang baik-baik sahaja untuk kedua-dua pasangan ini agar hubungan mereka berempat kembali seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " “Hubungan Kami Masih Seperti Biasa” – Kamal Adli "