• Honor 6A Pro dijual pada harga RM699 seunit

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Jenama telefon pintar terkemuka, Honor hari ini memperkenalkan model terbaharunya, Honor 6A Pro untuk pasaran tempatan.

    Didatangkan dalam reka bentuk kerangka logam melengkung, peranti tersebut menampilkan teknologi pengimbas cap jari yang mampu menjalankan pelbagai fungsi bagi memberikan kemudahan kepada pengguna.

    Selain itu, telefon pintar mampu milik itu juga dilengkapi dengan cip pemprosesan lapan teras dan paparan 5 inci 1280 x720 HD di samping memori 3GB serta kapasiti storan 32GB yang boleh ditambah sehingga 128GB menggunakan kad microSD.

    Dikuasakan dengan kapasiti bateri 3020mAh yang boleh memainkan video berdefinisi tinggi selama 12 jam, Honor 6A Pro dilengkapi dengan kamera utama 13MP dan 5 MP kamera hadapan di samping teknologi pencahayaan skrin pintar dan Beauty Mode 3.0 menjadikan hasil penggambaran mengagumkan.

    Ditawarkan dalam dua warna iaitu kelabu dan emas, peranti tersebut didatangkan dengan antara muka EMUI 5.1 berasaskan Android 7.0 Nougat. – K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Honor 6A Pro dijual pada harga RM699 seunit "