• 'Hidup Mati' Ngap Sayot Sabtu Ini

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+
    Gambar Sarawakvoice
    Perlawanan menentang T-Team di Stadium Negeri Sabtu ini memerlukan anak buah Pengiran Bala melakar kemenangan jika mahu terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

    Misi wajib menang itu perlu digalas setiap pemain yang diturunkan bagi memastikan kutipan tiga mata mampu dilakar.

    Sarawak sebenarnya masih mempunyai peluang walaupun kalah perlawanan itu namun perlu mengharapkan ihsan pasukan lain iaitu kekalahan Kelantan ditangan Melaka United.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Pengendali Sarawak, Pengiran Bala yakin anak buahnya mampu mengekalkan momentum kemenangan selepas menundukkan Kedah sebelum ini.

    Beliau turut mengakui Sarawak sebenarnya tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengutip tiga mata bagi mengekalkan kedudukan dalam Liga Super.

    "Kelantan juga memerlukan kemenangan dan sekiranya kalah kepada Melaka United, kita terselamat.

    "Apapun, kita juga mesti mendapatkan kemenangan dan tidak mahu bergantung kepada keputusan pasukan lain," katanya.

    Dalam perkembangan sama, Pengiran Bala berharap peminat setiasa Sarawak membanjiri Stadium Negeri Sabtu ini untuk memberi semangat kepada pemain.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 'Hidup Mati' Ngap Sayot Sabtu Ini "