• Herba Giat Dikomersialkan

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Dilihat mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan ekonomi negara, industri herba semakin berkembang saban tahun disokong penerimaan orang ramai terhadap penggunaan produk berasaskan herba.

    Jika dahulu, herba kebiasaannya dijadikan sebagai ulam-ulaman dan digunakan dalam perubatan alternatif.

    Namun kini herba sudah diperluaskan penggunaannya apabila turut dijadikan bahan utama penghasilan produk dalam memenuhi kehidupan seharian.

    Bukan sahaja makanan tambahan, penggunaan herba turut sudah dikomersialkan dalam produk bernilai tinggi melibatkan industri seperti kecantikan, kosmetik, wangian, minuman dan makanan serta pelancongan kesihatan.

    Jumlah pengeluaran bagi herba dijangka meningkat daripada 17,000 tan metrik kepada 73,000 tan metrik dengan kadar pertumbuhan 15.4 peratus setahun, seperti dinyatakan dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2010-2020.

    Manakala, jumlah eksport herba yang meliputi produk terproses dijangka meningkat daripada RM152 juta kepada RM1.3 bilion dalam tempoh sama.

    Produk berasaskan herba yang dikomersialkan dijangka akan terus meningkat didorong oleh penglibatan lebih ramai usahawan yang terlibat dalam industri itu pada masa depan.

    Biarpun produk berasaskan herba tempatan di pasaran semakin banyak di pasaran, namun dilihat masih kurang menonjol berbanding produk herba luar negara disebabkan kekangan kewangan bagi memasarkan produk berkenaan secara besar-besaran.

    Subjects:

  • No Comment to " Herba Giat Dikomersialkan "