• Helikopter Bawa Menteri Mendarat Cemas

    Published: Sunday, 8 October 2017
    A- A+

    BINTANGOR: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, melalui detik cemas apabila helikopter dinaikinya dalam penerbangan dari Kuching ke Sibu, berdepan cuaca buruk, hari ini.

    Berikutan itu, helikopter membawa Dr Sim serta empat lagi penumpang terpaksa membuat pendaratan cemas di padang Majlis Daerah Julau dan Meradong, di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

    Beliau yang dihubungi berkata, ketika mereka berlepas dari Kuching kira-kira jam 1 tengah hari, cuaca amat baik, namun hujan lebat serta angin berlaku ketika melalui ruang udara Bintangor.

    "Kami semua selamat, juruterbang membuat pilihan yang tepat apabila membuat pendaratan bagi mengelak risiko jika meneruskan penerbangan," katanya.

    Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu berkata, beliau dan rombongannya kemudian meneruskan perjalanan ke Sibu menaiki kereta dan selamat tiba di bandar berkenaan, kira-kira jam 2,30 petang. - BHOnline
  • No Comment to " Helikopter Bawa Menteri Mendarat Cemas "