• Hatrik Messi Selamatkan Argentina

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+

    QUITO (Ecuador): Lionel Messi meledak hatrik untuk mengetuai Argentina menutup kempen kelayakan Piala Dunia dengan kemenangan 3-1 ke atas Ecuador, sebentar tadi.

    Bintang Barcelona itu menyelamatkan negaranya untuk meraih slot ke Russia tahun depan dengan mempamerkan kebangkitan menakjubkan selepas Ecuador terlebih dulu mendahului permainan.

    Hanya 38 saat aksi bermula, Romario Ibarra sudah pun meletakkan Ecuador di depan, tetapi Messi menghasilkan dua gol dalam tempoh 20 minit pertama sebelum melengkapkan hatrik di babak kedua. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Hatrik Messi Selamatkan Argentina "