• Hasut: 22 Ditahan Di Arab Saudi

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+

    RIYADH: Seramai 22 orang termasuk warga Qatar ditahan pihak berkuasa Arab Saudi, semalam atas tuduhan 'menghasut orang ramai' menerusi media sosial.

    Saudi Press Agency (SPA) yang memetik sumber keselamatan melaporkan semua yang ditahan didapati memuat naik klip video secara dalam talian dan pihak berkuasa sedang menyiasat motif dan kaitan tindakan berkenaan.

    "Jumlah yang ditahan ialah 22 orang dan seorang daripadanya warga Qatar, manakala selebihnya rakyat Arab Saudi.

    "Motif dan kaitan mereka sedang disahkan. Mereka ditahan kerana menyebarkan klip video di laman rangkaian sosial bagi menghasut orang ramai," kata SPA.

    Sementara itu, dalam laporan berasingan, SPA yang memetik Kementerian Dalam Negeri berkata, seramai 24 orang ditahan di barat laut wilayah Hail kerana 'mengeksploitasi laman rangkaian sosial bagi menyebarkan maklumat palsu dan keterlaluan'.

    SPA berkata, tindakan itu dibuat dengan hasrat untuk membangkitkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

    Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada terdapat kaitan antara dua tangkapan berkenaan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Hasut: 22 Ditahan Di Arab Saudi "