• Hasm Serang Kedutaan Myanmar

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+

    KAHERAH: Kumpulan militan Hasm mengaku bertanggungjawab melakukan letupan kecil di kedutaan Myanmar, di sini, sebagai tindak balas terhadap kekejaman tentera negara itu ke atas etnik Rohingya.

    "Pengeboman ini sebagai amaran kepada kedutaan negara pembunuh yang membunuh wanita dan kanak-kanak di Rakhine dan sokongan kepada penduduk Islam yang lemah," kata Hasm dalam satu kenyataan.

    Hasm sebelum ini kerap dipersalahkan untuk beberapa serangan yang menjadikan hakim dan anggota polis di sekitar Kaherah sebagai sasaran sejak tahun lalu.

    "Kami sentiasa berhati-hati dalam melakukan operasi untuk memastikan tidak ada orang awam atau orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.

    "Jika tidak, anda sudah pasti menyaksikan api neraka yang sukar dikawal," kata kenyataan itu.

    Kementerian Luar Mesir tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap letupan yang berlaku Sabtu lalu dan media tempatan melaporkan, ia hanya letupan disebabkan masalah saluran paip gas yang bocor.

    Bagaimanapun, dua pengawal keselamatan memberitahu Reuters, bekas letupan jelas kelihatan di tempat kejadian.

    Sementara itu, jurucakap kerajaan Myanmar menggesa rakyatnya yang berada di luar negara supaya berhati-hati.

    "Sila jaga diri, warga Myanmar di seluruh dunia," kata jurucakap kerajaan, Zaw Htay, menerusi laman Twitter. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Hasm Serang Kedutaan Myanmar "