• Harga minyak merosot

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    SINGAPURA: Harga minyak merosot hari ini selepas Amerika Syarikat (AS) melaporkan rekod eksport minyak mentah meningkat, walaupun pedagang mengatakan usaha yang diketuai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia untuk mengurangkan pengeluaran di pasaran secara keseluruhannya, terus disokong.

    Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS diniagakan pada AS$49.90 setong pada 0015 GMT, susut 8 cents, atau 0.16 peratus, daripada penutup sebelumnya.

    Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak jatuh 5 cents, atau 0.1 peratus, pada AS$55.75 setong.

    Penurunan itu berlaku selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), pada Ahad lalu berkata, eksport minyak mentah AS melonjak kepada 1.98 juta tong sehari (bpd) minggu lalu, melepasi rekod 1.5 juta bpd yang ditetapkan pada minggu sebelumnya.

    Peningkatan jumlah pengeluaran itu disebabkan penyebaran spekulasi antara harga minyak mentah WTI AS dan Brent, yang menjadikan eksport minyak AS bertambah. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Harga minyak merosot "