• Harga minyak Brent kekal AS$60 Setong

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Harga minyak susut pada Selasa selepas peningkatan eksport Amerika Syarikat melemahkan sentimen kenaikan harga yang mendorong Brent kekal atas AS$60 setong.

    Keputusan Iraq untuk meningkatkan eksport minyak dari 220,000 tong sehari (bpd) kepada 3.45 juta bpd turut menjejaskan harga, kata peniaga.

    Minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa merosot AS$0.30 pada AS$60.60 setong pada 0855 GMT, tidak jauh dari angka tertinggi Julai 2015 minggu ini dan meningkat 37 peratus sejak angka terendah 2017.

    Peniaga dan broker berkata pelabur melakukan pelarasan selepas harga meningkat 5 peratus pada Oktober.

    Walaupun terdapat sentimen positif, beberapa penganalisis memberi amaran bahawa pasaran sudah terlebih beli, meningkat terlalu jauh dan cepat.

    "Keluaran Amerika Syarikat (AS) boleh mengekalkan harga pada jangka masa sederhana dan panjang," kata Penasihat Ekuiti dan Derivatif ASR, Shane Chanel.

    Sementara itu, minyak mentah AS diniagakan susut kepada AS$6.70 berbanding Brent. Pengeluaran minyak mentah AS meningkat hampir 13 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.5 juta bpd. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Harga minyak Brent kekal AS$60 Setong "