• Halau Buaya Untuk Ambil Mayat

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    SIMUNJAN: Pencarian seorang lelaki yang dilaporkan lemas selepas keluar menangkap ikan bersendirian dua hari lalu di Sungai Gedong berakhir selepas mayat mangsa dijumpai pagi tadi.

    Mangsa yang dikenali sebagai Nazib Abang, 33 ditemui terapung di permukaan air oleh penduduk kampung sekitar jam 6.50 pagi tadi.

    Menurut sumber mayat mangsa dikatakan diheret seekor buaya dan penduduk kampung terpaksa menghalau buaya berkenaan sebelum mengambil mayat tersebut.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, selepas penemuan mangsa operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditamatkan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.-Sarawakiana
  • No Comment to " Halau Buaya Untuk Ambil Mayat "