• Hafal 30 Juzuk Quran, Makan Free Selamanya

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    JAKARTA – Seorang peniaga warung di bandar ini menggunakan kaedah ‘tersendiri’ bagi menarik pelanggan berkunjung ke gerainya yang terletak di kawasan Harmoni, Jakarta Pusat.

    Lapor Detiknews, Bu Ijah yang menjalankan perniagaan mi ayam, menawarkan hidangan percuma jika pelanggannya mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.

    Promosi itu jelas terpampang pada kain rentang di warungnya yang terletak di jalan Suryopranoto, berhampiran bangunan Harmoni Plaza.

    Selain itu, peniaga itu turut manawarkan seminggu makan percuma jika menghafaz juz 30.

    Mengikut laporan itu, idea untuk melakukan promosi sedemikian bermula apabila anaknya yang rajin beribadah, Anto, menyarankan ibunya itu melakukan sedekah.

    “Sambil beniaga, sambil beramal juga. Asalnya niat kami untuk menarik pelanggan sahaja.

    “Namun anak menyarankan banner itu dibiarkan sahaja, dia memang seorang yang kuat beribadah,” katanya.

    Difahamkan, sepinggan mi ayam yang dijual Bu Ijah berharga dalam Rp 18,000, bersamaan RM5.60 sepinggan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Hafal 30 Juzuk Quran, Makan Free Selamanya "