• Hadiah Wang Tunai Piala Dunia 2013 Kini RM1.7 Bilion

    Published: Saturday, 28 October 2017
    A- A+


    NEW DELHI – Kesemua 32 pasukan disahkan layak menyertai Piala Dunia 2018 di Rusia bakal menerima hadiah wang tunai diagih dengan keseluruhan berjumlah AS$400 juta (RM1.67 bilion).

    Angka terbesar dalam sejarah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding kejohanan sama berlangsung di Brazil pada 2014 lalu, menurut kenyataan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam.

    Untuk rekod, ganjaran wang tunai keseluruhan sebelum ini hanya AS$358 juta (RM1.15 bilion) dengan juara, iaitu Jerman menerima AS$35 juta (RM148 juta) manakala pasukan lawannya pula, Argentina AS$25 juta (RM106 juta).

    Sementara negara yang gagal melepasi peringkat kumpulan masing-masing menerima hadiah AS$8 juta (34 juta) sahaja. Kali ini semua pasukan bertanding akan menerima AS$1.5 juta (RM6.4 juta) untuk kos persediaan awal.

    Ia bakal dibayar sebelum kejohanan berprestij itu bermula. Ini bermakna semua negara yang terlibat dijangka menerima AS$9.5 juta (RM40.3 juta) yang lazim dibayar selepas selesai perlawanan peringkat akhir Piala Dunia.

    Pengumuman mengenai perkara tersebut hasil daripada keputusan mesyuarat FIFA di Kolkata, dekat sini dan badan induk bola sepak dunia itu turut menambah baik aspek pembidaaan untuk calon tuan rumah Piala Dunia 2026.

    Sehingga kini, FIFA menerima jaminan sumbangan berbentuk pelbagai tajaan kewangan dan bukan kewangan yang berjumlah AS$791 juta (RM3.4 bilion), untuk penganjuran Piala Dunia 2018, peningkatan sebanyak 40 peratus.

    Ini mungkin disebabkan faktor geografi Rusia sebagai negara terbesar dunia apabila perlawanan berlangsung di 11 buah bandar raya yang terletak agak jauh antara satu sama lain berbanding Brazil. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Hadiah Wang Tunai Piala Dunia 2013 Kini RM1.7 Bilion "