• Guru Bahasa Melayu didenda RM100 hantar pesanan Whatsapp tidak sopan

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    MELAKA - Seorang guru Bahasa Melayu didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghantar pesanan Whatsapp tidak sopan dan mengaibkan kepada seorang wanita pada Mac lalu.

    Majistret Mohd. Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Rosliza Ali, 48, yang membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menghantar pesanan Whatsapp yang mengandungi perkataan tidak sopan dan mengaibkan iaitu "Bertahun aku tahan perangai jahat ko yang berselindung di balik tudung labuh dan alim2 taik babi," kepada Hafnizan Baharol, 39.

    Tindakan itu dilakukannya kira-kira pukul 10.45 pagi di Jalan Taming Sari pada 1 Mac lalu. Bagi kesalahan itu, Rosliza didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

    Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Tahir memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

    Tertuduh bagaimanapun merayu hukuman diringankan dengan alasan merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Guru Bahasa Melayu didenda RM100 hantar pesanan Whatsapp tidak sopan "