• Golongan Bijak Pandai Di DUN Pantai Damai Terus Meningkat

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi melahirkan rasa gembira dengan peningkatan golongan bijak pandai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

    Ia terbukti dengan peningkatan bilangan anak muda di kawasan tersebut yang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

    "Ia jelas memperlihatkan peningkatan keputusan peperiksaan yang terbaik saban tahun dalam kalangan pelajar dari kawasan DUN N.4 Pantai Damai," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Beliau yang juga Menteri Muda Elektrik Luar Bandar berkata, golongan pelajar di kawasan tersebut yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dinasihatkan terus memberi tumpuan kepada pengajian masing-masing.

    Malah menurutnya, pendekatan seperti itu penting dalam usaha merealisasikan impian mereka untuk berjaya dan seterusnya menjadi modal insan cemerlang.

    "Saya sarankan supaya kecemerlangan anda dalam pendidikan diteruskan kerana ia merupakan kunci bagi setiap orang yang ingin berjaya suatu hari nanti," ujarnya.

    Semalam, seramai 29 pelajar IPT dan 19 persatuan serta kelab di kawasan DUN Pantai Damai menerima sumbangan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Golongan Bijak Pandai Di DUN Pantai Damai Terus Meningkat "