• Gol 'Hantu' Singkir Amerika Syarikat

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+

    Skuad bolasepak Amerika Syarikat gagal ke pusingan final Piala Dunia untuk kali pertama sejak 1986 - disebabkan kecundang di tempat lawan manakala pencabar kumpulan, Panama menang dengan jaringan kontroversi.

    Kekalahan AS 2-1 kepada Trinidad & Tobago di Couva nyata memberi padah apabila gol pencabar kumpulannya menewaskan Costa Rica (2-1) sekaligus menghalang usaha Amerika Syarikat mencari tempat ke Piala Dunia Russia 2018.

    Tandukan ‘hantu’ Gabriel Torres untuk gol pertama Panama m-52 dilihat tidak melepasi garisan gol Costa Rica tetapi membantu Panama layak ke Piala Dunia.

    Rakaman video gol menunjukkan bola tidak melepasi garisan gol tetapi pengadil membenarkannya dan kekal jaringan sah.

    Rembatan Roman Torres pada m-88 mengesahkan kemaraan Panama.

    Amerika Syarikat di tangga ketiga Kumpulan Kelayakan Amerika Tengah/Utara sebelum perlawanan tetapi tercicir ke tangga kelima akibat kegagalan di Stadium Ato Boldon.-Daily Mail/BBC

    Subjects:

  • No Comment to " Gol 'Hantu' Singkir Amerika Syarikat "