• Gangguan Akses FB, Instagram

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+

    NEW YORK – Pengguna Facebook dan Instagram di beberapa kawasan di Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada tidak dapat mengakses akaun kerana rangkaian lama sosial itu mengalami masalah teknikal.

    Jurucakap Facebook berkata, pihaknya sedang berusaha menangani masalah itu secepat mungkin.

    Terdahulu, DownDetector.com, yang memantau gangguan tersebut mendapati lebih 12,000 laporan diterima pengguna berhubung gangguan itu.

    Sebanyak 50 peratus pengguna melaporkan masalah untuk masuk manakala 40 peratus mengadu halangan dan bakinya mengalami masalah dengan gambar, kata Downdetector. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Gangguan Akses FB, Instagram "