• Galaxy S8 Atasi IPhone 8

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+


    SEOUL: Telefon bimbit Galaxy S8 keluaran Samsung Electronics Co, mendahului senarai telefon pintar terbaik mengatasi iPhone 8 berdasarkan tinjauan majalah pengguna Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

    Menurut satu laporan pengguna, Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus yang dikeluarkan awal tahun ini, masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua.

    Sementara model telefon pintar iPhone 8 Plus dan iPhone 8 terbaharu keluaran Apple Inc, masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

    Model Samsung Galaxy S7 yang dikeluarkan tahun lepas pula, menduduki tangga ketiga manakala Galaxy Note 8 yang mula dipasarkan pada September berada di tempat keenam.

    Model telefon pintar V30 keluaran LG Electronics Inc, tidak termasuk dalam senarai kerana hanya baru berada di pasaran AS bulan ini. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Galaxy S8 Atasi IPhone 8 "