• Gadis Ini Belanja Wang Untuk Makan Hanya 5 Pound Sterling Seminggu

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+


    SEORANG gadis hanya membelanjakan sekitar 5 pound sterling seminggu dengan menikmati makanan yang dimasak oleh individu tidak dikenali.

    Bukan sahaja menikmati makan yang dibuang di dalam tong sampah, Josephine Liang, 25, berkata dia turut makan sisa makanan di restoran.

    Gadis tersebut mengamalkan kaedah berbelanja secara bijak itu kira-kira sebulan yang lalu dan berkongsi kejayaannya di Instagram.

    Dia berkata; “Saya mahu menggunakan wang saya untuk melancong dan melakukan pelbagai aktiviti menarik daripada menikmati makanan yang lazat.”

    Josephine menukar tabiat berbelanjanya dengan menggunakan aplikasi yang menawarkan pencarian lokasi restoran atau kediaman berdekatan yang mahu membuang sisa makanan yang masih elok.

    “Saya pernah bekerja untuk kempen makanan Trisram Stuart, jadi saya mempunyai sedikit pengalaman dengan aplikasi tersebut menerusi kerja saya.

    “Kita membuang pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang banyak dan ia memberi kesan besar kepada alam sekitar,” katanya.

    Malah, dia turut menjumpai aplikasi perkongsian makanan yang dikenali sebagai Ohio yang membenarkannya melakukan carian menerusi posting dari orang ramai yang mahu membuang sisa makanan mereka di kawasan kejiranan berdekatan.

    Sesiapa sahaja boleh menawarkan sisa makanan menerusi aplikasi tersebut dan kemudian orang ramai yang berdekatan boleh mengambilnya secara percuma.

    Bagi sisa makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti, dia akan membawanya pulang ke rumah sebelum dimasak dan disimpan semula di dalam peti sejuk.

    Makanan tersebut akan dinikmatinya untuk tempoh seminggu. – mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Gadis Ini Belanja Wang Untuk Makan Hanya 5 Pound Sterling Seminggu "